Panggilan Untuk Penerbit @ VIP Buyers
PENDAFTARAN VIP BUYERS 2025 KINI DIBUKA
Program VIP Buyers oleh Perbadanan Kota Buku merupakan kempen pemasaran dan promosi oleh penerbit dan penjual buku-buku terbaharu kepada VIP Buyers (guru-guru GPM Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi tujuan pembelian pusat sumber sekolah.
Pamerkan buku terbitan anda di ruangan VIP Buyers (Tingkat 5, WTC KL) sepanjang PBAKL 2025 berlangsung.
Sempena PBAKL, rak-rak khas akan disediakan untuk para penerbit dan penjual buku untuk mempamerkan judul-judul terkini yang berkualiti dengan harga kompetitif untuk pembeli VIP membuat pilihan buku. Pembelian akan dilakukan melalui portal Book Capital.
Borang ini perlu diisi selewat-lewatnya 6hb Mei 2025 (Rabu) sebelum jam 12.00 tengah hari.
Daftar di https://bit.ly/vipbuyers2025.
