Tempahan Pentas Utama PBAKL 2025
PENGUMUMAN: PERMOHONAN PENGGUNAAN PENTAS UTAMA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2025.
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan penggunaan Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 kini dibuka kepada semua pempamer yang berminat.
Pempamer yang ingin menggunakan Pentas Utama bagi tujuan pelancaran buku, forum, bual bicara, persembahan atau aktiviti lain yang bersesuaian, dikehendaki mengemukakan kertas cadangan lengkap kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk pertimbangan.
Tempoh penghantaran kertas cadangan adalah dari 21 April hingga 30 April 2025. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Kertas cadangan hendaklah dihantar melalui e-mel ke pbakl.pentas@gmail.com.
Untuk makluman, keutamaan akan diberikan kepada program yang bersifat antarabangsa serta mengandungi elemen berkaitan dengan kepengerusian ASEAN.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Jawatankuasa Aktiviti Pentas Utama melalui e-mel, pbakl.pentas@gmail.com atau whatsapp, 012-6520002 (Sheikh Faisal), 012-2147665 (Aida).
