PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) yang akan dianjurkan bermula 26 Mei hingga 4 Jun ini mensasarkan kehadiran melebihi 1.3 juta pengunjung di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola PBAKL 2023, Mohd Khair Ngadiron berkata, berdasarkan jumlah tersebut, beliau yakin sasaran tersebut dapat dicapai dengan pihaknya menerima banyak permohonan dari syarikat penerbit untuk menyertai PBAKL tahun ini.

“Untuk PBAKL 2023, sebanyak 138 syarikat memohon untuk jadi pempamer dan 811 reurai akan disediakan tahun ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pra-pelancaran PBAKL 2023 di Tamarind Square, Cyberjaya.

Beliau berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi mencapai sasaran itu iaitu pelbagai elemen baru yang akan dibawa oleh pihaknya yang akan mencetuskan kenangan luar biasa buat pengunjung.

Mohd Khair berkata, PBAKL 2023 mengadakan kerjasama dengan Tik Tok Malaysia sebagai rakan media rasmi bagi menjayakan acara itu secara hibrid atau atas talian.

“Dari sepengisian program, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang hari seperti pertunjukan buku, bual bicara dan sebagainya. Kita juga adakan program MANDIRI yang ditempatkan reurai khas untuk pengunjung bertemu penulus mandiri, illustrator, pembikin zine.

“Antara aktiviti yang dijalankan adalah Mandiri Talk, Mandiri Network, Book Review dan Mandiri Klinik,” katanya. – Edisi 9

Sumber: Edisi9.com.my

Category
Translate »