CYBERJAYA, 2 Mei- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 bakal dianjurkan dari 26 Mei hingga 4 Jun di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dengan sasaran 1.3 juta pengunjung.

811 reruai disediakan bagi 138 pempamer, termasuk 30 pempamer antarabangsa.

Mengangkat tema “Budaya Membaca Membentuk Keperibadiaan Unggul Masyarakat Madani”, PBAKL kali ini diadakan secara hibrid iaitu bersemuka dan dalam talian dalam usaha memartabatkan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurukulum), Dr. Ahmad Rafee Che Kassim berkata, buku merupakan medium untuk mendapatkan akses kepada ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran.

Buku dan bahan bacaan juga dapat menyatukan ideologi dan perpaduan.

“Ini peluang untuk kita menggalakkan budaya membaca, bukan hanya dalam kalangan anak-anak di sekolah malah masyarakat secata umum.

“Selain kita mahu memupuk budaya membaca dari peringkat awal, kita ingin masyarakat yang terdidik untuk menjadi madani. Masyarakat perlu berilmu,” kataya kepada media di sini.

(Dr. Ahmad Rafee berkata PBAKL 2023 buka tirai 26 Mei)

Sumber: Berita.rtm.gov.my

Category
Translate »