Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE SEMINAR PENGAWAS PUSAT SUMBER ANTARABANGSA SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2026
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama agensi perbukuan dan persatuan-persatuan perbukuan akan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Tahun 2026 (PBAKL 2026) bermula 29 Mei hingga 7 Jun 2026, bertempat di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
3. Untuk makluman tuan/puan, PBAKL 2026 adalah acara utama PBAKL dan industri perbukuan di Malaysia. Pelbagai aktiviti telah dirangka dan dirancang dengan teratur agar acara ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
4. Sehubungan itu,Pertubuhan Guru Perpustakaan dan Media Malaysia (PGPMM) (PPM-022-16-14122020) dengan sokongan dan kerjasama MBKM bakal menganjurkan Seminar Pengawas Pusat Sumber Antarabangsa yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Kumpulan Sasaran: Sekolah Rendah
Tarikh: 1 dan 2 Jun 2026 (Isnin dan Selasa)
Kumpulan Sasaran: Sekolah Menengah
Tarikh: 3 dan 4 Jun 2026 (Rabu dan Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 5 petang
Tempat: Ballroom, Hotel Seri Pacific, 41, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur
5. Oleh yang demikian, Pengawas Pusat Sumber sekolah tuan/puan adalah dijemput untuk hadir bersama-sama Guru Perpustakaan dan Media bagi menyertai seminar tersebut. Perbelanjaan bagi perjalanan dan makan minum untuk semua peserta dan guru pengiring adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
6. Sekiranya, ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan, pihak tuan/puan boleh berhubung dengan Encik Shah Ridha bin Abdul Jalil (Naib Pengerusi PGPMM) di talian telefon bimbit 013-7242427 untuk maklumat lanjut.
Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
.
.

