Tempahan Pentas Plaza Merdeka
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan berlangsung pada 23 Mei – 1 Jun 2025 bertempat di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL).
Permohonan tempahan slot aktiviti pentas kini dibuka untuk para-para pempamer, penerbit dan juga penulis buku untuk melakukan perbincangan dan promosi buku-buku anda.
Pentas Plaza Merdeka adalah ruang dewan yang baru diwujudkan pada tahun 2025 ini. Lokasi dewan adalah di kawasan parkir kereta berhadapan Bangunan Dewan Merdeka. Dewan berhawa dingin, LED Skrin dan juga sistem audio disediakan.
Sila rujuk poster hebahan dan pautan borang yang disediakan untuk tindakan lanjut.
Semua maklumat berkenaan harga dan pihak yang bertanggungjawab untuk dihubungi adalah seperti yang tertulis di dalam borang online ini.
Pentas Plaza Merdeka (Marquee Tent): https://forms.gle/QgRUvpKpa54nF2W7A
Tarikh tutup permohonan untuk semua pentas pada 5 Mei 2025.
Sekian, terima kasih.

