SEMUA BAKAL PEMPAMER
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2025

YBhg. Dato/ Datuk/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

TAKLIMAT SISTEM TEMPAHAN AUTOMASI RERUAI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2025.

Dengan segala hormatnya, saya menarik perhatian YBhg. Dato/ Datuk/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan mengenai perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan mengadakan sesi Taklimat Sistem Tempahan Automasi Reruai (STAR) Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 (PBAKL 2025) seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh: 22 Oktober 2024 (Selasa)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Johor & Bilik Kedah, Aras 2, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), 41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur.

3. Sehubungan itu, pihak YBhg. Dato/ Datuk/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan dijemput hadir ke sesi taklimat tersebut. Kerjasama dan sokongan YBhg. Dato/ Datuk/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan dalam menjayakan taklimat tersebut didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Category
Translate »