PBAKL 2019

Mar21

Siaran Media Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

PBAKL ADMIN PBAKL 2019

 

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2019

 

  1. PBAKL akan berlangsung dari 29 Mac – 7 April 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ini adalah edisi PBAKL kali ke-38.  PBAKL dibuka dari jam 10 pagi sehingga jam 9 malam.  Masuk adalah percuma.

  2. PBAKL dianjurkan dengan hasrat menggalakkan rakyat membaca dan merancakkan industri buku Malaysia selaras dengan hasrat yang tercatat dalam Dasar Buku Negara.

  3. Konsep PBAKL 2019 adalah menjurus kepada pengisian dan pengupayaan kandungan (creative content). Kini kandungan buku bukan sahaja dalam bentuk bercetak tetapi pelbagai medium dan dipromosikan dengan pelbagai medium.  PBAKL menjadi medan penerbit untuk mempamerkan pelbagai bentuk karya dalam pelbagai bentuk.

  4. PBAKL adalah anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama persatuan-persatuan industri buku.

  5. Persatuan-persatuan yang terlibat adalah:

*           Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA);

*           Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA);

*           Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA);

*           Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia (PPPBBM);

*           Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM); dan

*           Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

  1. PBAKL menyediakan kira-kira 700 reruai pempamer dengan lebih daripada 200 syarikat dari dalam dan luar negara. Antara pempamer yang terlibat termasuklah:

*           Dewan Bahasa dan Pustaka;

*           Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM);

*           Perpustakaan Negara Malaysia (PNM);

*           Gallery Bookstore;

*           Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.;

*           PTS Media Group Sdn Bhd;

*           Buku Fixi Sdn Bhd;

*           Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd;

*           Kumpulan Utusan;

*           Iman Publication Sdn Bhd; Dan banyak lagi.  Senarai lengkap pempamer boleh diperolehi di halaman sesawang.

  1. Dewan-dewan pameran termasuklah Legar Putra, Dewan Tun Hussein Onn, Bilik Johor-Kedah-Kelantan, Bilik Mawar, Dewan Tun Dr Ismail, Foyer Tun Dr. Ismail, Dewan Tun Razak 3 dan Dewan Tun Razak 4.

  2. PBAKL juga disertai oleh penerbit dan wakil penerbit dari luar negara termasuklah dari Arab Saudi, Singapura, Brunei, Turki dan Indonesia.

  3. Selain itu ada pavilion khas Negeri Selangor yang merupakan Negeri Tamu PBAKL 2019. Pavilion Selangor akan memaparkan pelbagai terbitan, perkhidmatan perpustakaan, inisiatif digital, pendidikan, dan pelbagai  keistimewaan dan produk yang terdapat di Negeri Selangor.

  4. Sempena Kuala Lumpur yang akan diangkat sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020, pengunjung PBAKL boleh mendapatkan pemahaman tentang penganugerahan khas ini di pavilion Kuala Lumpur World Book Capital 2020.

  5. Majlis perasmian PBAKL adalah seperti berikut:

Tarikh:  30 Mac 2019

Jam:       3.00 ptg

Disempurnakan oleh:   YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

  1. Antara ruang tarikan PBAKL adalah Rehat & Baca di Bilik Mawar yang merupakan ruang interaktif pengkarya dengan pembaca. R & B ini melibatkan aktiviti:

            *           Diskusi Buku/Zine

            *           Sesi Bercerita

            *           Sesi Puisi

            *           Mini Teater

            *           EduGames

            *           Mini Seminar

            *           Demo Kirigami

            *           Doodle Battle

            *           Pemeriksaan Kesihataan

            *           Muzikalisasi Puisi

            *           Tayangan Filem Pendek. Dan banyak lagi. Info tentang R & B boleh dicapai di Insta: rehatbaca

  1. Pelbagai aktiviti juga dianjurkan di Pentas Utama PBAKL oleh Urus Setia PBAKL dan pempamer PBAKL. Antaranya termasuklah:

*           30 Mac, 12 tgh hari.: Pelancaran Buku  oleh Tony Fernandes

*           30 Mac, 3 ptg: Meet & Greet Bersama Nasir Jani, Radhi OAG dan Jack Malik.

*           31 Mac, 2 ptg: Pelancaran Buku  oleh YAB Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Timbalan Perdana Menteri) “Menghayun Buaian, Menggegar Parlimen”

*           31 Mac, 5 ptg: Pelancaran  30 Karya Novelis Ramlee Awang Murshid 

*           2 April, 11 pagi: Melestari Puisi Kanak-kanak Bersama Bonda Mahaya dan lain-lain.

                *           6 April, 4 ptg:            Perkongsian oleh Pejuang Kanser

*           7 April, 12 tgh hari: Agama Bukan Semberono Bersama dengan Dr.Maza dan Amin Idris

Jadual penuh boleh dirujuk di halaman sesawang.

  1. Penganjur menjangkakan seramai 1.5 juta pengunjung akan mengunjungi PBAKL 2019 sebagaimana jumlah kunjungan pada tahun 2018. PBAKL dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negara termasuklah pelajar sekolah rendah/menengah, mahasiswa institut pengajian tinggi, ibu bapa, keluarga, guru, pensyarah, penjawat awam, karyawan swasta, dan ramai lain.

  2. PBAKL juga menjadi medan himpunan penulis, sasterawan, penterjemah, penyair, pelukis, pereka bentuk, penerbit, pengedar buku dan ramai lagi.

  3. PBAKL menyokong pelestarian alam sekitar dengan sama-sama berkempen untuk tidak menggunakan beg plastik. Justeru Urus Setia tidak menggalakkan pempamer untuk membekalkan beg plastik kepada pengunjung.  Beg kitar semula adalah dialu-alukan.  Pengunjung PBAKL adalah digalakkan membawa beg sendiri untuk mengisi buku yang dibeli nanti. 

  4. PBAKL turut mementingkan keselesaan pengujung PBAKL. Selain kemudahan sedia ada di PWTC, Urus Setia juga menyediakan beberapa Ruang Rehat Khas di Dewan Tun Razak 3, Dewan Tun Razak 4 dan Aras 5, PWTC.  Duta Buku yang merupakan sukarelawan PBAKL akan membantu pengunjung untuk mendapatkan sebarang maklumat tentang PBAKL.  Duta Buku menggunakan selendang ‘Boleh Kami Bantu?’.

  5. Maklumat tentang PBAKL boleh dicapai melalui:

Halaman Sesawang:  www.klibf.my

FB: @kualalumpurbookfair

Instagram:  @klibf.my

Twitter:  @klibf.my

Telegram: @ShareInfoKLBookFair

 



Ishak Hamzah

Pengerusi 2, PBAKL