PBAKL 2018

Mar9

Siaran Media PBAKL Sempena Pengundian Reruai

PBAKL 2018

Siaran Media Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Sempena Pengundian Reruai.

 

  1. Info Umum PBAKL

Acara:                           Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018

Tarikh:                          27 April - 6 Mei 2018

Lokasi:                          Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Waktu Operasi:              Isnin - Khamis (10 pagi - 7 malam) | Jumaat - Ahad & Cuti Umum (10 pagi - 9 malam)

Penganjur:                    Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)

                     Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Dengan kerjasama:        Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA)

       Persatuan Pengeksport & Pengimport Buku Malaysia (MBEIA)

       Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA)

Persatuan Penerbit & Pengedar Buku Bumiputra Malaysia (PPPBBM)

Majlis Penerbit Ilmiah Malaysia (MAPIM)

 

2. PBAKL yang sekali lagi akan berlangsung di PWTC adalah PBAKL kali ke-37. PBAKL dijangka akan menarik seramai kira-kira dua juta pengunjung berdasarkan kepada jumlah kehadiran pada tahun-tahun sebelumnya serta promosi yang dilaksanakan oleh Jawatan Kuasa Pengelola PBAKL.

 

3. Selain publisiti dan promosi melalui pelbagai media massa, jelajah PBAKL turut dilaksanakan untuk mempromosikan PBAKL di luar Kuala Lumpur. Tiga destinasi jelajah PBAKL yang akan dijalankan adalah Jelajah KL-Johor Bahru, Jelajah KL-Alor Setar dan Jelajah KL-Kuantan. Melalui program jelajah, konvoi jelajah akan singgah di beberapa destinasi untuk menjalankan aktiviti dan memperkenalkan PBAKL kepada masyarakat sekeliling.

 

4. Selain menyediakan kira-kira 800 reruai pameran di PWTC, PBAKL juga akan diisi dengan pelbagai kandungan menarik sepanjang 10 hari. PBAKL 2018 juga lebih menarik dengan pavilion khas negara dan negeri tamu.

Negara Tamu: Arab Saudi & Indonesia

Negeri Tamu: Kedah

 

5. Negara dan negeri tamu bukan sahaja akan mempamerkan terbitan daripada negara dan negeri masing-masing tetapi juga berkongsi pelbagai keunikan negara/negeri masing-masing seperti kebudayaan dan keistimewaan negara/negeri tersebut.

 

6. Acara dan tarikan lain PBAKL 2018 termasuklah:

Baca World 2018 (Pameran kandungan & gaya hidup digital)

Kuala Lumpur Trade & Copyright Centre - KLTCC (Pusat Perdagangan dan Perlesenan Kandungan)

Konvensyen Penulisan Kuala Lumpur

Rehat dan Baca (Ruang aktiviti karyawan bersama pembaca)

Pertandingan Kulit Buku Cantik (Pemilihan kulit buku paling cantik oleh pembaca)

 

7. Pentas utama pula menyediakan pelbagai aktiviti oleh pempamer termasuklah pelancaran buku, bicara buku, pelbagai persembahan oleh negara dan negeri tamu dan banyak lagi sepanjang 10 hari PBAKL berlangsung.

 

8. Pelbagai info dan maklumat tentang PBAKL juga boleh dicapai di media sosial kami:

www.facebook.com/kualalumpurbookfair

Instagram @klibf.my

Twitter @klibf.my

 

Disediakan oleh,

Urus Setia Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.