PBAKL 2017

Nov10

Perasmian pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017

PBAKL ADMIN PBAKL 2017

PADA 29 April 2017 yang lalu, telah berlangsungnya perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

Dalam ucapan perasmian, Yang Berhormat Dato’ Seri Mahadzir berharap, melalui PBAKL, dapat memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat, seterusnya melahirkan generasi yang intelektual, dan berpendidikan tinggi. Walaupun dunia teknologi semakin canggih, buku-buku bercetak akan terus mendapat sambutan hangat daripada semua golongan.

 

Yang Berhormat Dato' Seri Mahdzir Khalid beramah mesra dengan pengunjung kanak-kanak di Reruai DBP

 

Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir Khalid beramah mesra dengan pengunjung kanak-kanak di Reruai DBP

 

PBAKL berlangsung dari 28 hingga 7 Mei 2017 yang menampilkan pelbagai penerbit buku di Malaysia, termasuklah penerbit-penerbit baharu yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Dan, seperti tahun-tahun sebelum ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut tidak ketinggalan menyertai  PBAKL, dengan pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan di reruai DBP. Terdapat buku-buku baharu (pelbagai bidang), majalah, jurnal, kamus, yang dijual di reruai DBP, dengan diskaun harga yang menarik.

 

Ketua Pengarah DBP menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Dato' Seri Mahdzir.

 

Ketua Pengarah DBP menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir Khalid.

 

Antara aktiviti di Reruai DBP ialah Pelancaran Buku Bahasa DBP, Program Seronoknya Membaca, Sesi Bersama-sama Penulis, Sembang Santai Minggu Penulis Remaja, Pelancaran Buku Karyawan DBP, Dikir Barat Bersama-sama Sabri Yunus dan Isey, Kenali Budaya Malaysia-Gambus, dan lain-lain.

Budaya Membaca, Generasi Cemerlang!

 

Oleh NURDIANA BINTI MOHD NOR

Sumber: http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=11226