Contest

 

 

ANDA ADA MEMBACA BUKU DAN INGIN BERKONGSI

MENGENAI BUKU YANG TELAH DIBACA?

 

Kami ingin menjemput anda yang berminat menyertai sayembara untuk menghasilkan

 

Klip Rakaman Video (BERDURASI MAKSIMUM 3 MINIT) dalam

“Sayembara Baca&Kongsi@PBAKL2019”

 

Hadiah yang menarik disediakan

 

Kategori: Murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

 

Sayembara ini merupakan pilihan penonton melalui video rakaman bagi ulasan/ penceritaan semula berdasarkan buku yang telah dibaca

 

Kriteria utama bagi pemenang sayembara ini ialah video rakaman bagi ulasan/ penceritaan yang disampaikan oleh pembaca. Pencalonan dibuka untuk semua genre buku yang dibaca.

 

Pilihan rakaman yang disenarai pendek akan dibuat melalui

pengiraan bilangan ‘like’ terbanyak dan markah oleh penilaian juri

 

Peserta peringkat akhir akan dijemput untuk menyampaikan persembahan mereka dan pemenang akan diumumkan semasa PBAKL 2019 di PWTC.

 

BAGAIMANA MENGHANTAR PENCALONAN?

 

Emel klip video rakaman berdurasi MAKSIMUM 3 minit ke

 

bacakongsi@gmail.com

 

Sertakan maklumat yang berikut:

Nama penuh:

Judul buku:

ISBN:

Penulis:

Penerbit:

 

Klip video akan dimuat naik di Channel YouTube KL BookFair

 

TARIKH-TARIKH PENTING
Tarikh kiriman klip rakaman video dibuka: 1 Februari hingga 1 Mac 2019
Pengundian diberhentikan pada jam 12.01 pagi 2 Mac 2019
Pengumuman senarai pendek: 8 Mac 2019

Persembahan dan Pengumuman Pemenang di Pentas Utama PBAKL, Aras 2, PWTC

29 Mac hingga 7 April 2019

 


 

 

 

 

 

Terima kasih atas sokongan yang menggalakkan terhadap perkongsian gambar #MalaysiaMembaca! Oleh yang demikian, anda dijemput untuk menyertai PERTANDINGAN FOTOGRAFI dan MENANG sehingga RM5,000! (10 pemenang) Tema: #MalaysiaMembaca

 

Terma & syarat pertandingan: 

1) Pertandingan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur kecuali ahli jawatankuasa PBAKL 2019. Penyertaan adalah PERCUMA.

2) Tempoh masa untuk pertandingan ini bermula 17 Januari 2019 dan tamat pada 17 Februari 2019, jam 12 tengah malam.

3) Gambar anda hendaklah bertemakan #MalaysiaMembaca. Interpretasi anda adalah bebas selagi tidak terkeluar dari tema yang diberikan.

4) Gambar yang diambil haruslah gambar yang terkini, mempunyai mesej, nilai dan menonjolkan tema #MalaysiaMembaca. Gambar hendaklah diambil menggunakan kamera DSLR atau kamera telefon pintar/tablet sahaja.

5) Gambar tersebut hendaklah dalam format JPEG, beresolusi tinggi (300dpi), bersaiz sekurang-kurangnya 3.5MB dan dihantar ke e-mel klibf.bookfair@gmail.com. 1 individu hanya boleh menghantar 1 penyertaan sahaja. Sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi.

6) Gambar hendaklah ASLI DAN IDEA SENDIRI. Suntingan atau ubah suai minimum seperti pengubahan brightness, cropping, softening dan sharpening menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Manakala, teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanipulasikan adalah TIDAK dibenarkan.

7) Setiap penyertaan akan dinilai dan dihakimi oleh Jawatankuasa PBAKL 2019 berasaskan pematuhan syarat pertandingan, memenuhi tema dan mempunyai kreativiti, bukannya pada kemampuan merakam gambar secara profesional. Namun yang demikian, kualiti foto juga akan diambil kira dalam pemilihan pemenang.

8) 10 gambar terbaik akan diumumkan pada 28 Februari 2019 di Facebook, Instagram dan Twitter Rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, dan akan memenangi RM500 secara tunai setiap seorang.(RM500 x 10 pemenang).

9) Dengan menyertai pertandingan ini, peserta dianggap BERSETUJU bahawa gambar adalah milik pihak penganjur serta mematuhi syarat-syarat dan terma pertandingan. Pihak penganjur berhak untuk menukar syarat-syarat dan terma pertandingan tanpa memberi notis kepada peserta.

10) Dengan menyertai pertandingan ini juga, peserta MEMBERI KEBENARAN/KEIZINAN kepada pihak penganjur untuk menggunakan butir-butir peribadi seperti nama dan gambar pemenang (termasuk individu didalam gambar) sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti tanpa dikenakan sebarang bayaran.

11) Keputusan pihak jawatankuasa adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan atau pertikaian tidak akan dilayan.