Facts & Figures

Facts of KLIBF: / Facts & figures

Former participating nations of KLIBF: Brunei, Syria, Arab Saudi, Kuwait, Egypt, Indonesia, Indonesia, Singapore, Lebanon, Iran and United Kingdom.

Participation of KLIBF booths:

  • Local publishers

  • Foreign publishers

  • Local government agencies

  • Foreign government agencies

 

Number of booths in 2018:  Estimated of 750 booths

Visitors Count:

2017:  1.8 million

2016:  2.2 million

2015:  2.5 million

2014:  2.2 million

2013: 2 million

 

The history of Kuala Lumpur International Book Fair;

  1. The first International Book Exhibition was held at Kuala Lumpur in 1972, known as International Exhibition of Book Trade and Industry. It was organised by local bookstores in conjunction with The International Book Year declared by UNESCO.

 

  1. Subsequently, several smaller scale exhibitions were held by private companies. In 1976, the Book Publishers Association held a “National Book Exhibition” at Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur, with hope of making it annually.

 

  1. The involvement of the National Book Council of Malaysia (NBCM) in respect to book promotion activities began in 1982 through the organisation of “Malaysia Book Fair” in collaboration with local book industry associations at Dewan Tunku Canselor, University of Malaya.

 

  1. NBCM in 1968 was known as the Malaysian National Books Development Council (MKBK), whereby the Secretariat was parked under Ministry of Education Malaysia. The inception of MKBK as a dedicated body given its role and responsibility to boost the sector of book publication was mooted by Asia Pacific book experts’ summit in Tokyo, Japan in 1966 under the invitation by UNESCO.

 

  1. Despite the book fair at national and international level were held for the first time in 1972, “Malaysia Book Fair” organised by NBCM in 1982 was the biggest planned event ever held and was adopted as yearly activity ever since. In 1988, the book fair was later known as the “Kuala Lumpur Book Fair” (PBKL) when the hosting then moved the site to Changkat Pavillion.

 

  1. From Changkat Pavillion, the book fair was transferred to the Putra World Trade Centre (PWTC) and in 1991 the Kuala Lumpur Book Fair was once again rebranded under the name “Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur” (PBAKL) or “Kuala Lumpur International Book Fair” (KLIBF), this time the participations were opened to foreign publishers.

 

  1. The 37th Kuala Lumpur International Book Fair will be held from 27 April to 6 May 2018 at Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. In 2016 the book fair was held at MAEPS, Serdang, and then moved back to PWTC in 2017.

 

  1. This year, the exhibition halls and showrooms have been set up to accommodate 750 exhibition booths.

 


 

Fakta PBAKL: / Fakta & angka

Negara yang pernah terlibat semasa PBAKL: Brunei, Syria, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Indonesia, India, Singapura, Lebanon, Iran dan United Kingdom.

Gerai PBAKL disertai oleh:

  • Penerbit tempatan

  • Penerbit asing

  • Agensi kerajaan tempatan

  • Agensi kerajaan asing

 

Bilangan gerai tahun 2018: Anggaran 750 buah gerai

Rekod bilangan pengunjung:

2017: 1.8 juta

2016: 2.2 juta

2015: 2.5 juta

2014: 2.2 juta

2013: 2 juta

 

Sejarah penganjuran pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur;

  1. Pameran buku peringkat antarabangsa yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1972 dan dikenali sebagai International Exhibition of Book Trade and Industry. Ia dianjurkan oleh pengusaha buku tempatan sempena Tahun Buku Antarabangsa yang diisytiharkan oleh UNESCO.

 

  1. Selepas itu, beberapa pameran lain yang lebih kecil telah diadakan oleh syarikat-syarikat persendirian. Pada tahun 1976, Persatuan Penerbit Buku Malaysia telah mengadakan “Pameran Buku Kebangsaan” di Dewan Perhimpunan China, Kuala Lumpur dengan harapan untuk menjadikannya sebagai acara tahunan.

 

  1. Penglibatan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dalam aktiviti promosi buku bermula pada tahun 1982 melalui penganjuran “Pesta Buku Malaysia” dengan kerjasama persatuan industri perbukuan tempatan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. 

 

  1. MBKM, sewaktu penubuhannya pada tahun 1968 dikenali dengan nama Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia (MKBK) manakala urus setianya diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Penubuhan MKBK sebagai sebuah badan khas yang diberi peranan dan tanggungjawab ke arah memajukan bidang perbukuan negara adalah hasil saranan pakar-pakar buku dari Asia Pasifik yang bersidang di Tokyo, Jepun pada tahun 1966 atas undangan UNESCO.

 

  1. Walaupun pesta buku di peringkat negara dan antarabangsa diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1972, namun bagi MBKM, acara “Pesta Buku Malaysia” pada tahun 1982 adalah merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan secara besar-besaran dengan cara terancang dan berterusan sebagai aktiviti tahunan. Pada tahun 1988, pesta buku tersebut kemudiannya dikenali sebagai “Pesta Buku Kuala Lumpur” (PBKL) apabila lokasi penganjurannya berpindah ke Changkat Pavillion. 

 

  1. Dari Changkat Pavilion, pesta buku ini dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan pada tahun 1991, Pesta Buku Kuala Lumpur sekali lagi telah dijenamakan semula dengan nama “Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur” (PBAKL) atau Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF), apabila penyertaannya dibuka kepada pengusaha buku dari luar negara. 

 

  1. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Kali Ke-37 akan diadakan pada 27 April hingga 6 Mei 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Pada tahun 2016, pesta buku pernah diadakan di MAEPS, Serdang, dan berpindah kembali ke PWTC pada tahun 2017.

 

  1. Seluruh dewan pameran dan bilik pameran telah diperuntukkan untuk menempatkan 750 gerai pameran pada tahun ini.