About MBKM

 

 

About NBCM

The National Book Council of Malaysia (NBCM) was established by the Ministry of Education Malaysia in 1968 based on the UNESCO declaration which recommended the establishment of a special body responsible to promote the reading interest and foster book industry among developing nations.  The establishment of NBCM, formerly known as the National Book Development Council (MKBK), serves as a professional body and national book adviser.

Members of the Council are comprised of several ministries and government agencies, industry associations and non-governmental organisations that are involved in book industry and its development and also there are three individuals who are capable to contribute to the role and function of the National Book Council of Malaysia. The National Book Policy (DBN) is the basis guidance of NBCM to promote their book publication activities as well as reading nationally.

Prior to the actual employment, the Permanent Secretariat of NBCM serves as a Unit in the Ministry of Education Malaysia with its shared administrative officers from various departments.  Through the Employment Warrant dated December 31, 2005, the Secretariat of NBCM is now operating as one of the divisions under the Policy and Education Development Sector of Ministry of Education Malaysia led by a Director.

The Division is responsible for managing the administration of the National Book Council of Malaysia and co-ordinating all collaborative programs related to the development of the book industry through the development, publication and promotion of reading culture with the government agencies, non-governmental organisation as well as the private sector. In addition, NBCM in collaboration with publishers and entrepreneurs of local book industry is also working to promote Malaysian books internationally through Malaysia's participation in book fair festivals abroad.

 


 

Tentang MBKM  

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) pada tahun 1968 berdasarkan kepada perakuan UNESCO yang menyarankan penubuhan sebuah badan khas yang bertanggungjawab untuk mengembangkan minat membaca dan memajukan perusahaan buku dalam kalangan negara-negara membangun. Penubuhan MBKM yang pada awalnya dikenali sebagai Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan (MKBK) adalah berperanan sebagai sebuah badan profesional dan penasihat buku di peringkat kebangsaan.

Ahli-ahli Majlis dianggotai oleh wakil-wakil daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan, persatuan-persatuan industri dan badan-badan bukan kerajaan yang ada hubungan dengan perusahaan dan kemajuan buku serta tiga orang ahli individu yang berkebolehan untuk memberi sumbangan terhadap peranan dan fungsi Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Dasar Buku Negara (DBN) merupakan dasar yang dijadikan sebagai panduan dan hala tuju oleh MBKM untuk mengembangkan kegiatannya dalam bidang perbukuan dan pembacaan di negara ini.

Sebelum menerima perjawatan hakiki, Urusetia Tetap MBKM hanya wujud sebagai sebuah Unit di Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pegawainya dipinjamkan secara pentadbiran dari bahagian-bahagian lain. Melalui Waran Perjawatan yang bertarikh 31 Disember 2005, Urusetia Tetap MBKM kini beroperasi sebagai salah sebuah bahagian di bawah Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan diketuai oleh seorang Pengarah.

Bahagian ini berperanan untuk mengurus pentadbiran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia serta menyelaras segala program kerjasama yang berkaitan dengan pembangunan industri buku melalui pengkaryaan, penerbitan dan pengembangan budaya membaca sama ada dengan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, dan pihak swasta di negara ini. Selain itu, MBKM juga berusaha mempromosikan buku-buku Malaysia bersama-sama dengan penerbit dan pengusaha industri buku tempatan pada peringkat antarabangsa melalui penyertaan Malaysia dalam pesta-pesta buku di luar negara.

 


 

Get in touch | Hubungi kami

National Book Council of Malaysia (MBKM)

Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, 

Aras 1, No. 2251, Bangunan Mustapha Kamal, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel: +603-8321 7011   |   Fax: 03-8321 7012   |   Email: mbkm@moe.gov.my

Website: https://www.moe.gov.my/index.php/my/korporat/jabatan-dan-bahagian/urusetia-tetap-majlis-buku-kebangsaan-malaysia