PBAKL 2018

Nov13

Pertandingan Mereka Poster PBAKL 2018

PBAKL ADMIN PBAKL 2018

 

 

PBAKL 2018: Pertandingan Mereka Poster PBAKL 2018

 

 

 

PERTANDINGAN MEREKA POSTER PBAKL 2018

 

Mari Sertai Pertandingan Mereka Cipta Poster Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 untuk berpeluang memenangi hadiah wang tunai.

            Hadiah Utama: RM 3000.00 x 1 Pemenang x Sijil Penyertaan

            Hadiah Saguhati: Rm200.00 x 9 Pemenang x Sijil Penyertaaan

 

Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua warga Malaysia. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja.

Yuran kemasukan peserta:

            RM 3.00 (Pelajar)

            RM 5.00 (Orang Awam)

Ke Akaun Public Bank Majlis Buku Kebangsaan Malaysia: 3138945012 (Public Bank) dan mengemukakan bukti pembayaran semasa menghantar poster pertandingan masing-masing melalui email mclive2017@gmail.com

Infografi/element yang diwajibkan di setiap poster ialah:

  1. Logo Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Logo ini boleh didapati di https://klibf.my/index.php?url=blog&id=5
  2. Nama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 dan Kuala Lumpur International Book Fair 2018 (Bahasa Melayu & Inggeris).
  3. Laman Sesawang PBAKL https://www.klibf.my/
  4. Tema/Slogan: Lakaran Karya Merentas Peradaban Bangsa
  5. Tarikh: 27 April 2018 sehingga 6 Mei 2018
  6. Tempat: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur
  7. Waktu Kemasukan: Isnin – Khamis (10am – 7 pm), Jumaat – Ahad & Cuti Umum (10am – 9pm).
  8. Anjuran MBKM & KPM
  9. Dengan Kerjasama; MABOPA, MBA, MBEIA, PKBM, PPPBBM, MAPIM

Tarikh tutup penyerahan hasil karya adalah pada 25hb November 2017, pada pukul 10 pagi. Penyertaan lewat tidak akan dilayan.

Pemenang akan diumumkan di OIA, UiTM Shah Alam pada pukul 2 petang, peserta digallakkan hadir pada pukul 2 petang bagi melancarkan sesi penyampaian hadiah.

 

CARA-CARA PENYERTAAN:

Peserta diberi kebebasan untuk menghasilkan karya digital mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan jenis-jenis media berikut:

  1. Typografi
  2. Fotogrfi
  3. Illustrasi – Digital dan lukisan tangan (lukisan tangan hendaklah diimbas (scan) untuk penyerahan)

Bahasa pengantara:

  1. Bahasa yang digunakan di dalam karya mestilah Bahasa Malaysia dan Inggeris di mana penggunaanya difahami oleh ahli masyarakat secara umum.
  2. Penyertaan hasil karya yang menggunakan bahasa slanga (slang) atau ayat yang mempunyai makna tersembunyi akan disingkirkan secara automatic, mengikut budi bicara pihak penganjur.

Hasil karya hendaklah dihantar kepada pihak penganjur bagi tujuan pertandingan ini dalam bentuk PDF dan beresolusi tinggi kepada pihak penganjur.

Saiz dan dimensi hasil karya beresolusi tinggi (final artwork) adalah seperti berikut:

  1. Size: A3 size
  2. Resolusi: 150 - 300 dpi
  3. Orientasi: Potret
  4. Format: PDF
  5. Maksima File Upload: 5MB

Fail hasil karya yang dihantar perlu dinamakan dengan “Pertandingan Mereka Cipta Poster Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018” berserta nama penuh peserta, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan nombor kad pelajar (bagi pelajar).

(Contoh: “Pertandingan Mereka Cipta Poster Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018”. Muhammad Ahmad bin Ali_12345678910_012456789)

Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa, sekiranya perlu dan akan dimaklumkan melalui portal pertandingan iaitu di laman sesawang https://www.klibf.my/