Surat Jemputan SK & SMK Surat Kolej Matrikulasi
Surat Jemputan IPGM
Tuan/Puan,
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2020
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama persatuan-persatuan industri buku negara, akan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 (PBAKL 2020) kali ke-39 bermula pada 27 Mac hingga 5 April 2020 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Waktu lawatan ke PBAKL 2020 adalah bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Masuk adalah percuma.
3. Untuk makluman, PBAKL 2020 merupakan pesta buku yang terbesar dan terunggul di Negara ini. PBAKL 2020 akan disertai penerbit buku tempatan dan penerbit dari luar negara.
4. Sehubungan itu, kerjasama adalah dimohon untuk memaklumkan kepada kepada guru-guru/pensyarah dan murid-murid/pelajar-pelajar di sekolah/institusi tuan/puan bagi menggalakkan mereka mengunjungi PBAKL 2020. Pihak sekolah dimohon untuk mengemukakan permohonan lawatan melalui Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Urus Setia PBAKL 2020 (MBKM) di talian telefon 03-8321 7011, emel: mbkm@moe.gov.my atau portal PBAKL 2020 www.klibf.my.
Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pihak tuan/puan diharap dapat memeriahkan lagi penganjuran PBAKL tahun 2020.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Kurikulum)
Kementerian Pendidikan Malaysia