Tawaran untuk Menyertai Duta Buku PBAKL 2019.
Adakah anda berminat untuk menyertai pasukan Duta Buku, iaitu pasukan sukarelawan PBAKL?
Duta Buku adalah barisan hadapan PBAKL yang mengalu-alukan kehadiran pengunjung PBAKL.
Duta Buku juga berperanan untuk membantu pengunjung mengetahui lokasi pempamer, kemudahan yang sedia ada, aktiviti yang dijalankan serta hal-hal lain tentang PBAKL.
Adakah anda memenuhi syarat-syarat untuk menyertai pasukan Duta Buku? Syarat-syaratnya adalah:
* Berumur di antara 18 sehingga 24 tahun.
* Sihat tubuh badan
* Boleh bekerja selama 10 hari iaitu bermula 29 Mac sehingga 7 April, jam 9.30 pagi sehingga 9 malam.
* Boleh menghadiri taklimat pada 28 Mac (sehari sebelum pesta buku bermula)
* Mudah memberikan senyuman
* Mudah bertolak ansur dan boleh bekerjasama secara berkumpulan
Sekiranya anda merasakan anda layak untuk menjadi sebahagian daripada keluarga pesta buku,
hantarlah resume (1 halaman SAHAJA yang turut mengandungi username FB/Instagram) berserta gambar ke e-mel berikut: dutabuku.pbakl@gmail.com.
Tempat adalah terhad. Sebagai Duta Buku anda akan mendapat elaun harian sebanyak RM80, sijil dan kemeja-T PERCUMA! Semoga berjaya!
Tarikh tutup permohonan adalah 20 Februari 2019. Permohonan yang tidak lengkap, mahupun lewat tidak akan dipertimbangkan.
# penginapan tidak disediakan.
#pbakl2019 #dutabuku