PBAKL 2019

Jan31

Sayembara Baca & kongsi @PBAKL2019

PBAKL ADMIN PBAKL 2019

 

ANDA ADA MEMBACA BUKU DAN INGIN BERKONGSI

MENGENAI BUKU YANG TELAH DIBACA?

 

Kami ingin menjemput anda yang berminat menyertai sayembara untuk menghasilkan

 

Klip Rakaman Video (BERDURASI MAKSIMUM 3 MINIT) dalam

“Sayembara Baca&Kongsi@PBAKL2019”

 

Hadiah yang menarik disediakan

 

Kategori: Murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

 

Sayembara ini merupakan pilihan penonton melalui video rakaman bagi ulasan/ penceritaan semula berdasarkan buku yang telah dibaca

 

Kriteria utama bagi pemenang sayembara ini ialah video rakaman bagi ulasan/ penceritaan yang disampaikan oleh pembaca. Pencalonan dibuka untuk semua genre buku yang dibaca.

 

Pilihan rakaman yang disenarai pendek akan dibuat melalui

pengiraan bilangan ‘like’ terbanyak dan markah oleh penilaian juri

 

Peserta peringkat akhir akan dijemput untuk menyampaikan persembahan mereka dan pemenang akan diumumkan semasa PBAKL 2019 di PWTC.

 

BAGAIMANA MENGHANTAR PENCALONAN?

 

Emel klip video rakaman berdurasi MAKSIMUM 3 minit ke

 

bacakongsi@gmail.com

 

Sertakan maklumat yang berikut:

Nama penuh:

Judul buku:

ISBN:

Penulis:

Penerbit:

 

Klip video akan dimuat naik di Channel YouTube KL BookFair

 

TARIKH-TARIKH PENTING
Tarikh kiriman klip rakaman video dibuka: 1 Februari hingga 1 Mac 2019
Pengundian diberhentikan pada jam 12.01 pagi 2 Mac 2019
Pengumuman senarai pendek: 8 Mac 2019

Persembahan dan Pengumuman Pemenang di Pentas Utama PBAKL, Aras 2, PWTC

29 Mac hingga 7 April 2019