PBAKL 2018

Apr2

'Dari Subis ke Bologna: Guru Malaysia Mengubah Dunia'

PBAKL ADMIN PBAKL 2018

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PUSAT SUMBER SEKOLAH

'DARI SUBIS KE BOLOGNA: GURU MALAYSIA MENGUBAH DUNIA'

 

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) bersama dengan Literasi Resources akan menganjurkan Sesi Bual Bicara bersama-sama Pengetua, Guru Besar, Guru Perpustakaan dan Media, Guru dan Pegawai Teknologi Pendidikan dari seluruh pelusuk tanah air.

Sesi bual bicara ini menghimpunkan 31 cerita-cerita di belakang tabir, perit getir perjuangan, panduan dan saranan kepada para guru dalam membangunkan Pusat Sumber Sekolah. Kisah-kisah yang dibawa dari pekan kecil Subis di Sarawak merentas dunia ke Bologna, Itali bakal mengubah tanggapan anda terhadap peranan guru dan Pusat Sumber Sekolah yang mana mempunyai potensi besar dalam dunia perbukuan dan mengubah landskap Pusat Sumber Sekolah dalam melangkaui sempadan.

Sesi ini akan diadakan pada ketetapan yang berikut:
Tarikh: 3 Mei 2018 (Khamis)
Masa: 9:00 pagi - 5:30 petang
Tempat: Bilik Kuala Lumpur, Aras 5, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Tempat terhad kepada 200 peserta sahaja.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mel mbkmmoe@gmail atau hubungi:
Siti Mazlin Abdul Rahman: 013-3804761 (WhatsApp)
Norhayati Razali: 019-4112327 (WhatsApp)

Tarikh tutup pendaftaran: 6 April 2018
Yuran Penyertaan: RM20.00- peserta sahaja
Akaun Maybank: LITERASI RESOURCES 562834646712
Nama fail: nama anda
(muat naik resit/bukti pembayaran sebelum 7 April 2018)

Kehadiran bagi PPP akan didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM)

Nota: Surat undangan hanya akan dikeluarkan atas permintaan.

 

Untuk mendaftar, sila ke link berikut: https://goo.gl/forms/SH961vzaAvlDaO822