PBAKL 2018

Apr2

Sayembara Baca & Kongsi @PBAKL2018

PBAKL ADMIN PBAKL 2018

 

Facebook: Baca & Kongsi

 

Jom Sertai Sayembara Baca&Kongsi@PBAKL2018... baca dan teliti panduan dan syarat-syaratnya seperti berikut:

1) Kami ingin menjemput anda (Terbuka kepada Murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah sahaja) yang berminat untuk menghasilkan Rakaman Video berdurasi 3 minit dalam Sayembara Baca&Kongsi@PBAKL2018.

2) Sayembara ini merupakan perkongsian video rakaman mengenai ulasan/ penceritaan semula berdasarkan sebuah buku yang telah dibaca.

3) Kriteria bagi pemenang sayembara ini ialah melalui JUMLAH “Like” TERBANYAK dan MARKAH JURI bagi ulasan/ penceritaan yang disampaikan oleh pembaca. Rakaman video yang mendapat ‘like’ terbanyak akan disenarai pendek dan diberi markah oleh penilaian juri.

4) Rakaman video dibuka untuk semua genre buku yang dibaca.

5) Pemenang akan diumumkan semasa PBAKL 2018 di PWTC. Pemenang juga akan dijemput membuat persembahan sebelum keputusan diumumkan.

6) BAGAIMANA MENGHANTAR PENCALONAN?

i) Hantar rakaman anda ke fb Baca&Kongsi atau kongsi pautan/ url video rakaman (www.youtube.com) berdurasi 3 minit ke fb page Baca&Kongsi

ii) Sertakan maklumat yang berikut:
1.Nama penuh dan sekolah: 2.Judul buku: 3.ISBN: 4.Penulis: 5.Penerbit:

iii) Emelkan juga ke bacakongsi@gmail.com dan sertakan maklumat yang berikut:
1.Nama penuh dan sekolah: 2.No. HP: 3.Judul buku: 4.ISBN: 5.Penulis: 6. Penerbit: 7.URL/Pautan Youtube:

7) Dengan menyertai sayembara ini, peserta dianggap BERSETUJU untuk mematuhi syarat-syarat dan terma peraduan. Pihak penganjur berhak untuk menukar syarat-syarat dan terma sayembara tanpa memberi notis kepada peserta.

'8) Dengan menyertai sayembara ini juga, peserta MEMBERI KEBENARAN kepada pihak penganjur untuk menggunakan butir-butir peribadi seperti nama, sekolah peserta dan video rakaman pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti.

9) Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan atau pertikaian tidak akan dilayan.