PBAKL 2018

Feb22

Pertandingan Komik Strip PBAKL 2018

PBAKL ADMIN PBAKL 2018

 

Peraduan Komik Strip PBAKL 2018

 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke-37 akan diadakan pada 27 April hingga 6 Mei 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Bermula tahun pertama 1981, PBAKL berjaya mencatatkan jutaan pengunjung sehingga kini. Ini kerana PBAKL merupakan acara perbukuan yang sempurna dan strategik bagi pencinta buku mendapatkan pelbagai buku sama ada terbitan dalam mahupun luar negara. Selain itu, pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh pempamer semasa berlangsungnya PBAKL, sekaligus merancakkan sambutan dan kemeriahan PBAKL. Maka tidak hairan lah PBAKL merupakan tempat yang sesuai untuk bertemu ‘jodoh’ dengan ahli keluarga, saudara-mara, sahabat lama, penulis kegemaran, mahupun dengan buku yang diimpikan selama ini.

 

Komik strip atau lerang komik adalah siri lukisan komik dalam bentuk deretan panel. Komik jenis ini biasanya singkat, mempunyai antara 1 hingga 8 jumlah bingkai/ kolum/ panel.

 

Kami ingin mengundang anda yang berminat menyertai peraduan untuk menghasilkan komik strip. Tema komik: ‘JODOH’ DI PESTA BUKU.

 

 

Syarat-syarat pertandingan:

 

  • Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali Jawatankuasa dan petugas PBAKL 2018. Hanya 1 (Satu) penyertaan dibenarkan bagi setiap seorang.

 

  • Karya boleh disiapkan dalam 3 format;
    • lukisan manual/traditional (boleh diwarnakan ataupun dalam hitam putih)
    • lukisan digital (boleh diwarnakan ataupun dalam hitam putih)
    • komik digital menggunakan foto (format ini adalah untuk anda yang ingin menyertai, namun tidak pandai melukis. Anda boleh menghasilkan komik menggunakan foto).

 

  • Jumlah bingkai/kolum/panel bebas mengikut kreativiti masing-masing, dengan syarat tidak melebihi SATU (1) muka surat A4, dialog dalam BAHASA MALAYSIA SAHAJA, dan haruslah dalam format menegak (portrait).

 

  • Tema: ‘Jodoh’ di Pesta Buku. Unsur lucah, perihal yang menyentuh sensitiviti agama, politik dan sebagainya adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

 

  • Komik yang dihasilkan hendaklah asli, tidak diambil atau dicedok dari mana-mana komik dan belum pernah diterbitkan di mana-mana terbitan bercetak mahupun digital. Untuk karya lukisan manual/traditional, pen dakwat HITAM hendaklah digunakan untuk melukis serta menulis dialog. Hasil mestilah kemas, TIADA kesan renyuk, comot dakwat dan habuk pensel. Manakala lukisan digital dan komik digital yang menggunakan foto juga hendaklah menggunakan tulisan (font) dan garisan berwarna HITAM sahaja.

 

  • Kriteria pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti penceritaan, jalan cerita yang bersesuaian dengan tema, komunikatif, keaslian, serta mempunyai nilai pengajaran.

 

  • Hantarkan karya anda dalam bentuk JPEG di e-mel klibf.bookfair@gmail.com. Bagi karya lukisan tangan, anda boleh scan komik strip anda dan save dalam format JPEG. Sertakan NAMA PENUHNOMBOR KAD PENGENALANNO. TELEFON, dan TAJUK komik strip anda.

 

  • Tarikh tutup penyertaan adalah 25 Mac 2018. Pihak PBAKL berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi syarat penyertaan.

 

  • Komik strip anda akan dipostkan di FB page PBAKL & Instagram @klibf.my untuk dikongsikan kepada umum dan dihakimi sepenuhnya oleh Urus Setia PBAKL. Semua hasil karya anda berhak untuk digunakan oleh pihak PBAKL bagi tujuan promosi, penerbitan dan pameran.

 

  • Pihak PBAKL mempunyai hak muktamad untuk menentukan pemenang dan berhak untuk mengubah terma-terma dan syarat-syarat di atas dan tidak akan melayan sebarang aduan atau pertikaian.

 

 

Contoh komik untuk rujukan: (Contoh daripada Google Image)