PBAKL 2018

Jan30

Anugerah Kulit Buku Cantik

PBAKL ADMIN PBAKL 2018

 

 

Anugerah Kulit Buku Cantik merupakan hadiah pilihan pembaca bagi reka bentuk kulit buku tercantik yang pertama kali diperkenalkan dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Kriteria utama bagi anugerah ini ialah reka bentuk kulit buku dan bukannya kandungan buku. Pencalonan dibuka untuk semua genre buku tanpa mengira tahun penerbitan. Pengundian awal dibuat melalui pengiraan bilangan ‘like’ terbanyak.
Kulit buku yang disenarai pendek akan dipamerkan dan undian akhir akan berlangsung di PWTC.
*
FB: Anugerah Kulit Buku Cantik
*
Bagaimana menghantar pencalonan?
Hantar visual kulit buku yang diimbas ('scanned') dalam format jpg bersaiz 2MB ke kulitbukucantik@gmail.com (rujuk contoh kulit buku 'Kampung Si Fatimah')

Sertakan maklumat yang berikut:
1. Judul buku:
2. ISBN:
3. Genre/kategori:
4. Ilustrator/Penulis:
5. Penerbit:
6. Nama Penghantar:
7. e-mel:
8. No telefon: 
9. Kulit buku ini pilihan saya kerana...

TARIKH-TARIKH PENTING
Tarikh pencalonan dan pengundian awal dibuka: 25 Januari hingga 31 Mac 2018
Pengundian diberhentikan pada 00:01 1 April 2018
Pengumuman senarai pendek: 16 April 2018
Pengundian akhir akan berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018: 28 April hingga 1 Mei 2018.
Pengumuman pemenang: 5.00 petang, 5 Mei 2018 di Pelantaran Putra PWTC.
Kulit buku yang menerima undian terbanyak semasa pengundian akhir akan menerima anugerah ini.