PBAKL 2018

Nov13

Pemenang Pertandingan Menulis Slogan PBAKL 2018

PBAKL ADMIN PBAKL 2018

 

 

13/11 - Pada minggu lepas, pihak PBAKL telah mengadakan pertandingan menulis slogan untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 dan pemenangnya akan membawa pulang wang tunai RM500. Slogan tersebut perlulah direka berdasarkan tema yang diberikan dan tidak melebihi 5 patah perkataan.

 

" Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL 2018) akan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti acara santai dengan penulis/ilustrator/kartunis, sesi bercerita, sesi persembahan kanak-kanak, pelbagai pertandingan, bengkel dan banyak lagi. Ringkasnya PBAKL 2018 akan mengetengahkan konsep perkongsian kandungan oleh penulis, pembaca mahupun pempamer.

Apakah SLOGAN yang paling bagus untuk menggambarkan TEMA ini? "

 

Sebanyak 1,000 lebih penyertaan yang diterima, namun hanya satu slogan sahaja yang layak untuk menerima RM 500!

 

 

 

Daripada 1,043 penyertaan, pihak urusetia akan memilih 10 slogan yang terbaik. Kemudian daripada 10 slogan tersebut, hanya 1 slogan terbaik yang akan dipilih.

Slogan tersebut adalah;

 

"Lakaran karya merentas peradaban bangsa"

 

Tahniah diucapkan kepada Cik Sufiaturrahmah bt Syahruddin, penyertaan yang ke-796.

Pemenang akan menerima hadiah pada 25 November 2017, di UiTM, Shah Alam. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang menyertai pertandingan menulis slogan. Nantikan pertandingan melukis poster pbakl yang bermula hari ini, 13 november 2017. RM 3000 menanti anda!